Ahad, 3 April 2011

GURU SEBAGAI SATU PROFESION ( V1)

-pekerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu.
-contoh : keguruan peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.

ciri-ciri Profesion
1. perkhidmatan yang unik dan penting.
2. banyak menggunakan keupayaan.
3. mendapat latihan yang khusus.
4. mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
5. mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
6. merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai taranya.
7. bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat.

konsep perguruan dan keguruan

- Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.
- Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakkan sebagai guru.

konsep Profesion Perguruan dan Keguruan

- Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pengajaran yang tinggi dan latihan khas.
- Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.

keguruan sebagai satu profesion pekerjaan penting

1. Bersifat autonomi
2. Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas
3. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan
4. Mengutamakan perkhidmatan

Keguruan bukan satu profesion

1. kelayakan akademik dan latihan yang berbeza.
2. Kuasa kesatuan
3. Keseragaman ahli kesatuan
4. Kuasa autonomi
5. bidang ikhtisas yang lain

konsep profesional dan bukan profesional

1. Perguruan menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.
2. Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
3. Maka, profesion perguruan : pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
4. profesion keguruan : pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

keguruan dalam konsep profesional

1. Mempunyai latihan ikhtisas dalam latihan keguruan.
2. Mempunyai autonomi manentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.
3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai pandun guru dalam segala aktiviti profesionalnya.
4. Pekerjaannya merupakan perkhimatan yang penting kepada individu dan negara.
5. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

Keguruan dalam konsep bukan profesional.

1. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang perguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang itu tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada telivisyen, majalah, bukubuku dan sebagainya.

2. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.

3. Autonomi seseorang guru adalah terhad. kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh pentadbir sekolah.

4. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya.

5. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan