Ahad, 16 Mei 2010

Suara Kemanusiaan

tangan yang berkuasa
bisa menghancurkan dunia
kerana ketamakan
dan dendam merajalela
si kecil rkuasa
tidak berdosa
mati sia-sia

merpati putih
tak terbang lagi
di langit bergulung petaka
perang membunuh segala
ibu yang tak berdaya
dan situa yang tak bermaya
sayap ketidakadilan
kuku kezaliman mencengkam
tiap ruang alam

serangan dan keganasan
menenggelamkan suara damai
kecintaan kemanusiaan
darah menjadi dakwat
dalam setiap perjalanan

dalam doa tahun baru
seorang ibu berseru
"ya allah,ya tuhan ku
selamatkan dunia
daripada petaka manusia
yang tamak dan haloba".