Jumaat, 20 Februari 2009

SIFAT REMAJA YANG PATUT DICONTOHI

DEFINISI
remaja terbahagi kepada dua iaitu:
-Remaja kanak-kanak
-Remaja dewasa

Remaja adalah seorang kanak-kanak yang sudah akilbaligh iaitu cukup umur atau matang .
Orang yang matang akan berfikir sebagai seorang yang dewasa dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu itu.
Bagi seorang remaja,ilmu adalah pendinding kepada segala permasalahan sama ada yang berkaitan dengan agama ataupun kehidupan seharian.

remaja didefinasikan kepada beberapa pecahan iaitu R.E.M.A.J.A

R :-ROLE MODEL

Dengan terdapatnya seorang role mode di dalam hati seseorang remaja itu,ia dapat memberi satu impak yang baik dan berguna kepada diri sendiri dan orang di sekeliling remaja itu.Sebaik-baiknya seorang remaja itu mencari seorang yang paling baik dan dapat mendorong kepada melakukan perkara yang baik dan membantu diri remaja itu kearah apa yang di cita-citakan.Contoh yang paling baik bagi seorang remaja muslimin dan muslimat adalah mencontohi keparibadian NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai satu contoh yang baik dan menjadi tauladan kepada semua remaja.Sebagai seorang manusia yang lemah dan tidak mempunyai kudrat untuk mengikut setiap apa yang dilakukan oleh RASULULLAH,sebaik-baiknya buatlah apa yang diwajibkan oleh ALLAH dan mengikut atau mentaati sunnah RASULULLAH walaupun tidak berdaya melakukan kesemuanya,buatlah sekadar yang mampu sahaja dan jangan sesekali meninggalkan sunnahnya walaupun sehari kerana kesemua sunnah RASULULLAH adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian seseorang remaja itu.

E:EMOSI YANG STABIL

TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN IAITU:
Empati:remaja yang bersifat seka menolong orang lainyang dalam kesusahan.
Mesra :mesra dengan semua orang yang ditenui.
Objektif :remaja yang mempunyai emosi yang stabil mesti ada objektif.
Serasi :seorang remaja yang mudah serasi dengan semua oarang.
Identiti:remaja yang mempunyai identiti yang baik dan patut dicontohi.

M:MENTEL YANG POSITIF

Buangkan segala pemikiran yang negatif dan letakkan seberapa banyak perkara positif di dalam fikiran.

A:ATTITUDE

Mempunyai attitude atau sikap yang baik.

J:JATI DIRI YANG KUAT

orang yang mempunyai jati diri yang baik sentiasa berfikiran positif dan akan menyebabkan seorang remaja itu mempunyai akhlak yang baik.Jati diri juga akan menyebabkan jiwa seseorang remaja itu sentiasa kental mengharung dugaan dan cabaran hidup.Remaja yang mempunyai jati diri juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak bermanfaat dan membawa kearah yang tidak baik.

A:APLIKASI ILMU

seseorang remaja itu haruslah mempelajari segala ilmu yang bermanfaat dan mengamalkan ilmu yang dipelajarinya dan ilmu itu hendaklah ilmu yang baik dan dapat memberi tauladan kepada semua generasi,bak kata papatah arab,ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah.Remaja yang mempunyai ilmu yang banyak juga hendaklah berfikir secara matang dan tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan